ISI HATI MAKLUK ALLAH
Jumaat, 1 Julai 2011
SOMBONG DAN TAKABBUR ADALAH SIFAT IBLIS ..
SOMBONG DAN TAKABBUR Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang ada sifat sombong sebesar biji sawi dalam hatinya” .. Para bijak pandai hukama’ mengatakan “ tidak akan kekal kekuasaan yang disertai dengan kesombongan…”
Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Qashas : 83, yang bermaksud : “Itulah negeri akhirat yang kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh (kemuliaan) dan kerosakan di muka bumi dan itulah kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertaqwa”
Ayat di atas menggambarkan bahawa kenikmatan dan ganjaran-ganjaran baik hanyalah untuk orang-orang yang sentiasa tawaduk (merendah diri) dan bertakwa kepada Allah yang bakal diberikan Tuhan Yang Maha Agung pada akhirat kelak. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-A’raf ayat 146, maksudnya: “Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatku (yang menunjukkan kekuasaanku); dan jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui... yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya”
Rasulullah s.a.w bersabda lagi :
”Ada tiga perkara yang menyebabkan kebinasaan: terlalu bakhil, menurut hawa nafsu dan menyombongkan diri”
Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
Di dalam satu hadith sahih dinyatakan balasan bagi orang-orang yang sombong, bangga diri, takabbur dan seumpamanya itu, Allah akan bangkitkan mereka sebesar semut pada pandangan orang lain dengan penuh kehinaan di Padang Mahsyar dan akan dipenjarakan dalam penjara bernama Bolas di sebuah lembah yang dipanggil Habhab di dalam neraka... Allahu akbar...Moga mendapat manfaat berterusan…
Wallahu a’lam…adalah sifat Iblis lantaran ia membantah perintah Allah s.w.t. Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 34 yang bermaksud: “Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.”
Selasa, 28 Jun 2011
Isnin, 27 Jun 2011
Ucapan2 my birthday ..
Assalamualaikum..untuk anak murid cikgu Mohamad Faizal B.Hassan..cikgu ucapkan selamat hari lahir yang ke-13 untuk kamu..cikgu doakan semoga Allah mengurniakan kejayaan kepada kamu dunia dan akhirat..dan semoga kamu menjadi lelaki yang soleh..aaminnnn..
selamat ulang tahun
salam...eppy brthday..smge pnjng umo n dmrhkn rzki k...
assalamualaikum,...
sanah helwah..ya sahabat..
moga selal mendapat perlindungan Allah...(^_^)
happy birtday faizal...walaupun ko bkn kwn yg aq knl tpi ko ttp jadi kwn aq kat fb...semoga panjang umur dan murah rezeki....HAPPY BIIRTDAY!!!!!
selamt hari lahir!!!May Allah bless you.
sanah helwah akhi....
sanahelwa~
Selamat Hari Lahir adek......
sanah helwah..
selamat hari jadi!
moge panjang umo & di murahkn rezeki selalu
sanah helwah. selamat hari lahir, adiks :) moga success dunia akhirat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!. :) I ask Allah 2 make u happy, make u smile, guide u safely, through every mile, grant u wealth, give u health & most of all grant u paradise! Sanah helwah!! ;)
Syukran smua yang telah memberi ucapan dan yang telah doakan saya ..
selamat ulang tahun
salam...eppy brthday..smge pnjng umo n dmrhkn rzki k...
assalamualaikum,...
sanah helwah..ya sahabat..
moga selal mendapat perlindungan Allah...(^_^)
happy birtday faizal...walaupun ko bkn kwn yg aq knl tpi ko ttp jadi kwn aq kat fb...semoga panjang umur dan murah rezeki....HAPPY BIIRTDAY!!!!!
selamt hari lahir!!!May Allah bless you.
sanah helwah akhi....
sanahelwa~
Selamat Hari Lahir adek......
sanah helwah..
selamat hari jadi!
moge panjang umo & di murahkn rezeki selalu
sanah helwah. selamat hari lahir, adiks :) moga success dunia akhirat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!. :) I ask Allah 2 make u happy, make u smile, guide u safely, through every mile, grant u wealth, give u health & most of all grant u paradise! Sanah helwah!! ;)
Syukran smua yang telah memberi ucapan dan yang telah doakan saya ..
Ahad, 26 Jun 2011
Al-Masadd
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
تَبَّتۡ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ۬ وَتَبَّ (١) مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُ ۥ وَمَا ڪَسَبَ (٢) سَيَصۡلَىٰ نَارً۬ا ذَاتَ لَهَبٍ۬ (٣) وَٱمۡرَأَتُهُ ۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ (٤) فِى جِيدِهَا حَبۡلٌ۬ مِّن مَّسَدِۭ (٥) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama; (1) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. (2) Dia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang. (3) Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. (4) Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. / (5)
Al-Ghashiya
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
هَلۡ أَتَٮٰكَ حَدِيثُ ٱلۡغَـٰشِيَةِ (١) وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ خَـٰشِعَةٌ (٢) عَامِلَةٌ۬ نَّاصِبَةٌ۬ (٣) تَصۡلَىٰ نَارًا حَامِيَةً۬ (٤) تُسۡقَىٰ مِنۡ عَيۡنٍ ءَانِيَةٍ۬ (٥) لَّيۡسَ لَهُمۡ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ۬ (٦) لَّا يُسۡمِنُ وَلَا يُغۡنِى مِن جُوعٍ۬ (٧) وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ نَّاعِمَةٌ۬ (٨) لِّسَعۡيِہَا رَاضِيَةٌ۬ (٩) فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ۬ (١٠) لَّا تَسۡمَعُ فِيہَا لَـٰغِيَةً۬ (١١) فِيہَا عَيۡنٌ۬ جَارِيَةٌ۬ (١٢) فِيہَا سُرُرٌ۬ مَّرۡفُوعَةٌ۬ (١٣) وَأَكۡوَابٌ۬ مَّوۡضُوعَةٌ۬ (١٤) وَنَمَارِقُ مَصۡفُوفَةٌ۬ (١٥) وَزَرَابِىُّ مَبۡثُوثَةٌ (١٦) أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلۡإِبِلِ ڪَيۡفَ خُلِقَتۡ (١٧) وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ ڪَيۡفَ رُفِعَتۡ (١٨) وَإِلَى ٱلۡجِبَالِ كَيۡفَ نُصِبَتۡ (١٩) وَإِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَيۡفَ سُطِحَتۡ (٢٠) فَذَكِّرۡ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَڪِّرٌ۬ (٢١) لَّسۡتَ عَلَيۡهِم بِمُصَيۡطِرٍ (٢٢) إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ (٢٣) فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَكۡبَرَ (٢٤) إِنَّ إِلَيۡنَآ إِيَابَہُمۡ (٢٥) ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا حِسَابَہُم (٢٦)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? (1) Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina. (2) Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah. (3) Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar). (4) Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya. (5) Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri. (6) Yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun. (7) (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri. (8) Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia). (9) (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga yang tinggi (tempat kedudukannya dan darjatnya). (10) Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia. (11) Di dalam Syurga itu ada mata air yang mengalir. (12) Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya). (13) Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka). (14) Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar). (15) Serta hamparan-hamparan yang terbentang. (16) (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.? (18) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? (20) Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan. (21) Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). (22) Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta dia kufur ingkar. (23) Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya. (24) Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka. (25) Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka. / (26)
Langgan:
Catatan (Atom)