Jumaat, 24 Jun 2011

Dosa 24 jam di Facbook

Setiap umatku ( boleh ) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan ( dosanya ) . Ada dikalangan yang mendedahkan ini , melakukan suatu dosa di waktu malam , berpagi-pagi sdangkan Allah menutup keaiban dosa itu , Namun tiba-tiba dia mendedahkan kepada orang lain seraya berkata : " Wahai fulan , semalam aku lakukan itu dan ini " . Maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka ( rahmat ) Allah yang ( sebelum ini ) menutup keaibannya ..

( RIWAYAT AL-BUKHARI DAN MUSLIM )

Tahukah anda .
Terdapat dosa yang selalu kita dedahkan setiap masa dan ianya berlaku dimana-mana sahaja .

Persoalannya adalah adakah anda sedar atau tidak ?
Jenguklah facebook anda . Perhatikan gambar profile anda dan gambar album-album anda .

Adakah anda yakin gambar-gambar anda tertutup aurat manusia ?
Lihatlah kembali .
Bandingkan pengertian penutupan aurat yang sebenar ( melabuhkan tudung menutupi dada ) .

Anda sudah tahu .
Setiap lelaki yang melihat aurat wanita dengan sengaja akan berdosa .

Tetapi adakah anda tahu .
Wanita yang memperlihatkan auratnya dengan sengaja pula akan menanggung 2 kali ganda daripada dosa mereka iaitu dosa mendedahkan aurat dan dosa menyebabkan mereka ( lelaki ) ghairah melihat anda dan anda patut tahu , Facebook anda boleh dilihat mereka tanpa mengira masa . Ini bermaksud , semasa anda sedang tidur .

DOSA ANDA SDANG BERGANDA !!!
Adakah anda rasa gaya yang dipaparkan ini tidak dapat menggoyahkan iman mereka ?

Sudahkah anda mengira berapa ramaikah kawan berlainan jantina yang menjadi "friend" anda ?

Sudahkah anda mengagak berapa ramaikah diantara mereka yang akan terserempak dengan gambar-gambar anda ?

Dan bolehkah anda mengagak berapa banyakkah dosa yang akan anda kumpul ?

                                     NAUZUBILLAHI MIN ZALIK
Mohon dijauhkan dari kita .
Tidakkah anda terfikir ?
Mengapakan begitu mudah kita terperangkap dengan permainan yang dicipta facebook . Sedangkan telah jelas ternyata dalam firmanNya .

             " Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu ( MENDEDAHKAN DIRI ) seperti yang dilakukan oleh orang jahiliyyah dahulu "

                                                   ( AL-AHZAB :33 )

                                           ( Khas untuk Wanita )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan