Jumaat, 24 Jun 2011

Hari Kiamat

a . PENGERTIAN KIAMAT
  
     
Kiamat bererti berdiri atau bangkit . Dalam ilmu Tauhid kiamat itu bererti kebangkitan semula di alam yang baru setelah hancurnya alam semesta ini . Hari Kiamat juga merupakan hari yang penghabisan tidak ada siang ataupun malam . Pada saat itu semua makluk Allah akan dihancurkan dan semua manusia akan dibangkitkan kembali dari kuburnya untuk di umbangkan segala amal baik mahupun amal yang jahat .

b . NAMA-NAMA HARI KIAMAT

     Nama-nama kiamat itu sangat banyak sekali di antara ialah :-

     1 . Yaumul Qiyamah ertinya Hari kebangkitan .
     2 . Yaumul Zalzalah ertinya Hari Kegoncangan .
     3 . Yaumul Muhasabah ertinya Hari Perhitungan .
     4 . Yaumul Hasrah ertinya Hari Penyesalan .
     5 . Yaumul Waqiah ertinya Hari Peristiwa Dahsyat .
     6 . Yaumur Raji'ah ertinya Hari Gempa yang besar .
     7 . Yaumur Khizyi ertinya Hari Kehinaan .
     8 . Yaumul Jam'i ertinya Hari Pengumpulan .
     9 . Yaumul Jaza' ertinya Hari Pembalasan .
    10. Yaumud Din ertinya Hari Keputusan .

c . TANDA-TANDA KIAMAT

     
Di antara tanda-tanda terjadi kiamat itu banyak sekali diterangkan Allah di dalam al-Quran begitu juga hadis-hadis Rasullah S.A.W. Masa terjadi kiamat itu dapat dibahagikan kepada dua peringkat , pertama kiamat kecil dan kedua kiamat besar .

    1 . TANDA-TANDA KIAMAT KECIL

  
   Kiamat kecil ini dapat kita rasakan dalam kehidupan sehari-hari . Umpamanya kematian seseorang . Kerana setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati . Dengan demikian telah terjadinya kiamat kecil dalam diri orang yang meninggal dunia itu . Dalam hadis Rasulullah ada dijelaskan : " Siapa yang sudah mati , maka berlakulah kiamat baginya . "

   2 . TANDA-TANDA KIMAT BESAR .

   
Kiamat besar , atau kiamat yang sebenarnya iaitu terjadinya kehancuran di alam ini . Ini merupakan bukti bahawa akan terjadinya peristiwa yang sangat besar iaitu berkumpul di padang mahsyar . Ketika Kiamat itu terjadi manusia bertebangan bagaikan kapas , bumi bergoncang sekuat-kuatnya sehingga mengeluarkan segala isinya . Tidak seoranpun yang dapat menyelamatkan dirinya daripada maut .

d . KEHIDUPAN DI AKHIRAT

    
Setelah manusia menjadi hancur dan musnah , kemudian Allah SWT menghidupkan kembali sekalian manusia untuk berkumpul di padang mahsyar . Mereka akan dihisap atau di hitung segala amalan ketika hidup di dunia .
     Di antara perkara yang dijalani manusia setelah mereka di bangktkan di padang mahsyar nanti iaitu :-

    1 . HISAB

        
Hisab iaitu perhitungan atau keputusan Allah kepada manusia tentang amalannya yang baik mahupun buruk , sebagai balasan daripada usahanya di dunia . Perkara yang paling utama yang di hitung oleh Allah SWT nanti ialah solat .

    2 . MIZAN        
    
         Mizan ertinya timbangan . Setelah selesai semua perhitunagan amal , maka amalan tersebut ditimbang , apakah banyak amlan baik atau amalan yang buruk . Jika amalan baik lebih banyak maka akan dapat balasan syurga , namun jika amalan buruk yang banyak maka akan ditempatkan di dalam neraka .

    3 . SHIRAT

        
Syirat atau titian iaitu merupakan sebuah jambatan yang menuju neraka atau syurga . Semua manusia di perintah agar melalui titian tersebut . Orang yang baik amalannya maka akan mudah ia melintas shirat tersebut . Namun bagi mereka yang jahat akan dimasukkan ke dalam api neraka yang telah bersedia menunggu kehadiran penghuninya .

    4 . NERAKA

        
Neraka iaitu tempat azab daripada Allahyang disediakan bagi orang-orang yang ingkar kepadaNya . Azabdi neraka merupakan azab yang sangat dahsyat daripada Allah dan tidak seorang pun yang dapat menolongnya .

    5 . SYURGA

         
Syurga atau jannah bererti taman atau kebun . Dalam istilah ilmu Tauhid syurga iaitu , tempat manusia yang menerima anugerah daripada Allah SWT , atas segala kebaikan yang dilakukannya selama ia hidup di dunia .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan