KUCING haiwan yang mesra dengan manusia , sebab itu ramai orang suka membelanya . Kalau adik-adik perasan , kucing sangat suka bermanja dan bergesel-gesel dengan kita , kan . Kalau kucing itu mempunyai bulu yang tebal dan muka yang comel , lagi membuatkan orang bertambah gram melihtanya . Betul tak ?
Cuba baca faktor ringkas di bawah ini untuk lebih memahami kucing :
1 . Hidung kucing unik - ia seperti cap jari manusia . Setiap hidung kucing berbeza-beza antara satu sama lain .
2 . Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat daripada manusia iaitu 110 hingga 140 kali per minit .
3 . Jangan sesekali mengangkat kucing dengan memegang lehernya ! Hanya ibu kucing yang boleh melakukan perbuatan ini ke atas anaknya dengan selamat .
4 . Kucing boleh ' membaca ' emosi tuannya . Jika kita berada di dalam sedih , ia turut berubah kelakuan .
5 . Sepanjang hayatnya , kucing boleh melahirkan seramai 100 ekor anak ! Yang pasti , anak-anak kucing semuanya comel , kan adik-adik .
6 . Kucing mempunyai 290 tulang dan 517 otot-otot di dalam badan mereka .
7 . Kucing tidak akan mengiau untuk kucing lain . Bunyi ini hanya untuk manusia sahaja .
8 . Anak kucing semasa lahir adalah buta dan pekak . Mereka hanya boleh membuka mata selepas lima hari dan boleh berjalan selepas 20 hari .
9 . Kucing boleh melihat sejauh 120 kaki . Wow , jauhnya !
10. Kebanyakkan kucing buta warna .
11. Kucing boleh menggerakkan dan memutarkan telinganya sehigga 180 darjah . Kalau hendak tahu , ia mempunyai 30 otot di sekeliling telinganya , dan untuk menggerakkannya , ia akan menggunakan 12 atau lebih otot .
12. Kucing suka tidur . Dalam sehari , mereka boleh menghabiskan 16 jam untuk tidur sahaja .
13. Kucing akan menghabiskan 30% tempoh jaganya hanya untuk mencantikkan dirinya !
14. Adakah kucing suka minum susu setiap hari ? Tidak ! Kucing mungkin mudah terkena cirit-birit jika terlalu banyak minum susu .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan