Kalian tahu membuat batu meloncat-loncat di permukaan air ?
Berapakah loncatan paling banyak yang kalian pernah lakukan ?
Pastinya jumlah itu tidak sampai 51 kali !! Tapi inilah bilangan yang berjaya dilakukan oleh Russell ' Rock Bottoms ' Byars pada tahun 2007 sehingga ia tersenarai dalam Buku Rekod Dunia Guinness .
Bagaimana nak pastikan batu boleh meloncat banyak kali ? Haa , ini bergantung kepada empat perkara iaitu putaran , kelajuan , bentuk , dan sudut .
Putaran menjadikan objek lebih stabil dan tidak mudah terjatuh ke dalam air . Manakala kelajuan tertentu diperlukan supaya batu boleh menyesar air ke bawah dan melantun ke atas . Lebih baik jika batu itu bulat dan leper . Sudut ' ajaib ' antara batu yang sedang berputar dan air ialah sekitar 20 darjah ; jarak antara loncatan berkurangan sebanyak 20 peratus setiap kali batu itu mencecah air .
Selain itu , ketinggian batu itu dibaling , cara batu itu mencecah air dan keadaan air permukaan juga mempengaruhi bilangan loncatan .
Tapi yang jelas , ia tidak akan berlaku tanpa izinNya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan